PLUS umum laluan keluar Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sehingga 21 Oktober untuk kerja penurapan Leave a comment


PLUS telah mengumumkan penutupan sementara laluan keluar Plaza Tol Hutan Kampung untuk kerja-kerja penambahbaikan turapan. Penutupan tersebut bermula hari ini sehingga 21 Oktober 2022.

Jadi, jika anda mendapati trafik lebih sesak daripada biasa di plaza tol Kedah ini, sila lebih bersabar dan memandu dengan selamat. Ikuti arahan pada papan tanda dan yang diberikan oleh petugas.

Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan ini juga menggalakkan pemandu untuk memuat turun aplikasi PLUS dan berinteraksi secara maya dengan chatbot bernama Putri bagi mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Pandu selamat.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *