Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengesahkan harga rasmi bagi EQB350 4Matic dan EQC400 4Matic. SUV elektrik ini masing-masing ditawarkan pada harga RM328,888 dan RM388,888 respectively, atas jalan tanpa insurans. Disebabkan kedua-duanya EV janaan bateri, sekaligus melayakkannya mendapat bebas-cukai tetapi dengan 10% bagi cukai jualan untuk kereta penumpang selepas ‘cuti cukai’ berakhir pada 30 Jun lalu.
EQB dan EQC telah ditampilkan menerusi persembahan EQ oleh MBM pada Julai lalu, yang turut menyaksikan pelancaran bagi model perdana EV EQS450+ AMG Line. Model elektrik setanding S-Class itu ditawarkan pada harga RM700k. Dalam acara berkenaan, MBM memberikan harga jangkaan sekitar RM330,000 untuk EQB dan EQC pula RM390,000, jadi harga rasminya yang diuumkan ini tidak jauh dari apa yang dijangka.
EQB hadir dengan padanan transmisi satu-kelajuan dalam keadaan standard. Motor di hadapan adalah unit asynchronous (ASM) sementara motor di belakang pula menggunakan unit permanently excited synchronous (PSM). Pacuan kuasanya mencecah 292 PS dan tork 520 Nm. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 6.2 saat, manakala laju maksimum mencecah 160 km/j.
Kuasanya dipacukan dari pek bateri lithium-ion 420-voltan dengan kapasiti tenaga 66.5 kWh, yang mampu memberikan jarak gerak 419 km.
Manakala EQC 400 4Matic diberikan penjana kuasa dwi-motor dengan hamburan output 408 hp dan tork 765 Nm, membolehkan ia dipacu dari 0-100 km/j dalam 5.1 saat dan kelajuan maksimum cecah 180 km/j.
Ia juga digandingkan dengan bateri 80 kWh, yang membolehkan EQC 400 4Matic yang mampu memberikan jarak hingga 437 km, dengan sokongan pengecasan AC dengan kapasiti 11 kW yang mengambil masa sekitar 11 jam jika menggunakan wallbox di rumah atau stesen pengecasan awam. Sementara pengecas pantas DC pula berkapasiti 110 kW, dengan status pengecasan dari 10% hingga 80% dalam 40 minit.
Dengan pengenalan model EQB350 dan EQC400 ini sekaligus telah menyertai versi yang paling kecil EQA250 (dilancarkan pada Mac lalu) dalam barisan SUV EQ oleh MBM untuk pasaran Malaysia.
GALERI: Mercedes-Benz EQB350 4Matic
GALERI: Mercedes-Benz EQC400 4Matic