Penunggang Grab pecut laju di laluan bertentangan dalam trafik sesak bertembung dengan Honda Civic Leave a comment


Hantaran ini dibuat sebagai peringatan kepada kita semua yang menggunakan jalan raya, terutamanya penunggang motosikal, yang mana kalau terjadi sebarang kemalangan, kesan yang lebih teruk akan diterima.

Dalam video yang dimuat naik oleh Nizam Haji Darimi ini, kita boleh menyaksikan trafik sesak bagi kenderaan yang berada dalam laluan di Jalan Yap Kwan Seng menghala ke Jalan Tun Razak, sementara laluan bertentangan menghala ke Jalan Ampang adalah lengang.

Kemudian secara tiba-tiba terlihat seorang penunggang Grab yang memecut menghala ke Jalan Tun Razak, tetapi menggunakan laluan bertentangan pada kelajuan yang boleh dikatakan tidak sepatutnya. Tanpa disedari, rupanya terdapat sebuah Honda Civic yang mahu keluar dari simpang merentasi dua lorong yang sesak dan masuk ke laluan menghala ke Jalan Ampang.

Video Source – DashCam Owners Malaysia on FB

Boleh dilihat dalam video ini penunggang Grab tersebut cuba membrek dan mengelak, tetapi ia sudah terlambat dan pada kelajuan sebegitu, dengan keadaan yang berlaku tiba-tiba, tidak banyak yang boleh anda lakukan. Akibatnya, kedua-duanya bertembung dan disebabkan oleh impak yang kuat, penunggang Grab tersebut melantun ke tepi jalan.

Kepada penunggang motosikal, beringatlah walaupun anda masih boleh bergerak sewaktu keadaan trafik sesak dan mencelah di tepi kenderaan, cuba kawal kelajuan anda dan tambah kepekaan dengan keadaan sekeliling. Tidak berbaloi mengejar sesuatu sehingga menggadai nyawa di atas jalan.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *